Wednesday, February 10, 2010
|
Posted by
Blog Anuar Kamaruddin™
at
10:15 AM |
Labels:
film review,
wayang
Assalammualaikum...
Dah lama tak bercerita tentang filem dalam blog ni since jompopcorn pun nuar dah tutup sebab tak kuasalah nak handle 2 3 blog dalam satu-satu masa. Humpuk kat sini sudah...ngeee.
Filem yang berjudul 500 Days of Summer ni nuar nonton hujung minggu yang lalu dan masih lekat dalam kepala ni jalan cerita dia. Sebuah filem dalam genre drama dan sangat menarik ceritanya.
Tolak ketepi babak-babak romantik seperti kissing-kissing tu sebab dah sedia maklum mana-mana naskhah Inggeris baik dramanya, filemnya even novelnya memang tak tinggal benda tu semua. Haip.
Cerita ini tentang seorang hero (dilakonkan Joseph Gordon-Levitt yang umur 30 tahun tapi tetap maintain nampak 19 tahun...harus jadi contoh ni. Kehkehkeh. Betul, nuar dulu tak tinggal tengok drama 3rd Rock from The Sun...muka dia dok tang tu jugak...tak tua-tua).
Hero ni sejak kecil ada prinsip tentang cinta. Prinsipnya ialah kita akan tahu seseorang itu soulmate kita bila terdetik di hati kita pada kali pertama memandangnya. Dan dari situ kita akan berusaha mendapatkannya kerana kita dapat rasa, dialah the other half yang ditakdirkan untuk kita. Itu prinsip hero ni awal-awal cerita. Naif atau tidak bunyinya...? Tolong jawab semua...ekekeke.
Hero ni ada bakat melukis yang sangat baik. Dia boleh melukis gambar-gambar bangunan dengan terperinci sekali dan dia punya ilmu tentang itu. Tapi sayangnya, realiti hidup kadangkala tidak seindah apa yang kita impikan. Dari seorang arkitek yang sepatutnya he can become to be...dia cuma mampu menjadi seorang pelukis grafik di sebuah syarikat pencetakan kad. Nuar sedikit tersentuh di situ. Huhu.
Sampailah satu detik, dia terpaut hati pada seorang awek cun yang baru bekerja sebagai PA (personal assistant) kepada majikan syarikat itu. Dan dari situlah, ada harapan berbunga dalam hatinya untuk mengenali perempuan itu lebih dekat.
Banyak babak-babak yang cukup manis dalam filem ini sewaktu hero dan heroin dipertemukan. Seperti contoh babak dalam lif di mana hero ni sedang dengar lagu gunakan headphone dia dan kebetulan si heroin di sebelah menegur memberitahunya yang lagu itu juga kegemaran dia. So sweet...!
Selain tu babak di IKEA, dimana hero dan heroin berjalan-jalan...sungguh manis babak ni. Kalau nanti manalah tahu ada terbaca babak cinta dalam IKEA dalam mana-mana novel melayu, tak syak lagi penulis dia tengok cerita ni. Kehkehkeh.
Dari sebuah perkenalan, hero ni dalam diam sudah jatuh cinta dengan heroin tu. Tapi perempuan tu sudah dari awal-awal beritahu si hero yang dia tidak percaya pada cinta dan mahu hubungan mereka sekadar sepasang sahabat. Si hero ni hormatilah permintaan perempuan tu dan dia sedaya-upaya menggembirakan hati perempuan ni selagi dayanya. Dia akan buat apa saja untuk melihat perempuan ini bahagia setiap kali keluar dengannya.
Lama-kelamaan hubungan mereka makin intim dan hero ni tadi ingatkan yang perempuan ni dah jatuh cinta dengan dia tapi rupa-rupanya perempuan ni jenis tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak. Ya, dia bahagia dengan lelaki tu tapi dia tak mahu lelaki tu jadi suami dia. Kejamlah perempuan macam ni...! Haip, emo pulak kau.
Sebabnya mungkin bagi nuar yang menonton, ada 2 babak yang menyebabkan perempuan ini sedikit berat hati untuk menerima lelaki ini. Babak di bar dimana heroin dikacau oleh seorang lelaki macho sedangkan hero dia ada di sebelah. Si pengacau ni memperlekehkan kenapalah perempuan secantik dia bertemankan seorang lelaki yang biasa-biasa saja. Hero ni fizikal dia kecil-kecil saja orangnya, orang kata memang tak setandinglah. Dari sini, mungkin heroin ni rasa malu.
Babak satu lagi di mana, bila si hero dan kawan-kawan si heroin bertemu. Kawan-kawan perempuan ni bertanya pada lelaki itu apa kerjanya. Bila lelaki tu jujur jawab dia seorang pelukis grafik kad...timbul suasana tidak selesa di situ. Barangkali heroin malu sebab lelaki itu biasa-biasa saja dalam kerjayanya.
Yang mendatangkan geramnya tu, waktu berdua-duaan heroin ni yang lebih. Punyalah hero ni bagi sedaya-upaya kegembiraan terhadap perempuan yang dicintainya tapi tup-tup heroin ni boleh pula kahwin dengan lelaki lain dengan alasan, mereka tak ditakdirkan untuk bersama. Eee...kejamnya...! Dah beri harapan, lepas tu senang-senang buang macam tu. Awas jenis perempuan macam ni. Kalau tak suka, habaq mai awal-awal. Eh, emo lagi. Ekekeke.
Lelaki ni kecewa gila tapi mujurlah dia ada housemate dan adik perempuannya yang sentiasa ada di sisi lelaki itu. Bangkit dari kekecewaan, hero tu tadi mula membina hidup yang baru. Dia mencari kerjaya yang lain dan lebih hebat supaya dirinya lebih dihormati! Good spirit bro...!
Jadi, kalau ada di antara kalian yang pengumpul dvd dan suka download movie, make sure pick this film. I recommend it...! 5 star!
Pada kawan-kawan yang menyokong bakat nuar yang seadanya dalam mengisi masa senggang kalian menerusi pembacaan di alam maya, sekali lagi nuar akan muncul dengan sebuah e-novel terbaharu yang berjudul...
Satu lagi genre baru yang cuba nuar terokai dalam memvariasikan kebolehan mengarang dan melihat sejauhmana nuar boleh fleksibel dalam dunia penulisan. Setiap kali nuar come out dengan e-novel, setiap satunya berbeza antara satu sama yang lain dan harap kali ini pembaharuan ini sekali lagi diterima oleh kawan-kawan semua. Tapi jangan terlalu mengharap yang terbaik sangat okay...nuar cuba buat yang terbaik mengikut cara nuar sendiri.
Monday, February 8, 2010
|
Posted by
Blog Anuar Kamaruddin™
at
5:00 PM |
Assalammualaikum...
Wah, free pulak nuar hari ni ye?
Sementara tadi ada masa terluang, sempatlah juga untuk sekalian kalinya nuar menata rias blog ni dengan wajah baru. Keke. Tak tahulah sampai bila pulak nuar akan kekal dengan layout ni. Konsep ini dipanggil merak yang suci? Boleh? Hahaha.
Haip, kesian merak kan...selalu orang kata dia sombong sebab ekor dia cantik...ish ish ish. Bidalan melayu lah punya fasal ni...
Saturday, February 6, 2010
|
Posted by
Blog Anuar Kamaruddin™
at
8:30 AM |
Assalammualaikum...
Agak kurang sihat kebelakangan ni tapi sekurang-kurangnya dengan melihat sesuatu yang dihasilkan dapat disiapkan, gembiralah juga hati ini untuk berkongsi cerita dengan kawan-kawan blog nuar dalam entry kali ni. Ngeee.
Bagi nuar menulis itu bolehlah nuar kiaskan seperti kita membina rumah ibadat, selagimana rumah ibadat itu dikunjungi orang untuk bersembahyang di dalamnya maka secara tak langsung orang yang turut sama menyumbang dalam pembinaan itu mendapat kebaikan darinya.
Apa yang cuba nuar kaitkan di atas ialah seperti contoh ini. Bahan bacaan (dalam apa juga bentuk) yang membuatkan kita lebih menghargai kehidupan ini, lebih menyayangi orang tua kita, dan apa saja nilai murni di dalamnya...selagimana bahan bacaan itu dibaca oleh orang ramai dan mendapat manfaat dalamnya...insyaAllah kebaikan itu berbalik pada penulis itu sendiri.
Samalah juga dengan menulis, tak kisahlah penulis blog, penulis buku dan apa juga medium yang digunakan...once kita menulis dan ada pula pembaca juga pengaruh sendiri, dari situlah kita kena menyedari yang kita ada tanggungjawab sosial terhadap kelompok pembaca kita.
Dalam diam nuar tak aktif dalam blog ni, sempat jugalah meliar klik situ sana sini membaca blog-blog mereka yang lain. Silent reader kekdahnya...keke. Lagi-lagi bila timbulnya isu-isu sensitif negara seperti penggunaan kalimah Allah, menghina Sultan dan macam-macam lagi...wah bukan main blogger-blogger kita berdegar-degar cakap itu dan ini. Masing-masing menampakkan betapa matangnya pemikiran mereka kononnya mengupas pendapat sendiri tanpa mengetahui benarkah apa yang mereka utarakan? Ya, memang betul blog ini bebas...apa saja buah fikiran si empunya tuan blog adalah hak mereka untuk menulis. Tetapi bayangkan pula pembaca-pembacanya yang kadang-kadang hanya menggunakan logik akal dan terus bersetuju dengan sesuatu isu gara-gara penulisan kita. Kalau seorang dua yang membaca tak apalah juga tapi kalau blog anda mempunyai ribuan pembaca? Disebabkan 'ilmu' anda, terpesong pemahaman dan iktikad semua orang! Tak takut?
Sama jugalah dengan blog yang menyerang keperibadian orang-orang tertentu...terlalu banyak! Lihat saja di Facebook, dengan mudah terciptanya akaun membenci seseorang sedangkan yang membenci itu sebenarnya mungkin seorang dua. Tetapi bila dibuat akaun 'I hate sipolan bin sipolan' maka bercambah benih kebencian di dalamnya kepada ribuan orang. Tak takut ke dengan natijah yang akan kita terima? Itu belum lagi blog yang menyentuh isu-isu lain bersifat kekauman yang mana perasaan benci dan amarah itu membuak-buak setelah membaca penulisan tersebut. Dan bayangkan perkara ini akan berterusan selagi blog atau penulisan itu masih di situ.
Nuar sangat terkejut bilamana dikhabarkan ada juga penulis buku yang mencipta satu blog yang merosakkan pemikiran pembacanya. Ya, nuar bukan malaikat tapi bayangkan kalau bakat penulisan kita disalurkan kepada penulisan yang mendatangkan syahwat kepada pembaca anda dan melakukan maksiat gara-gara membaca hasil tulisan anda. Penulisan yang menjurus ke arah seks sudah tentu ratingnya akan mencanak-canak naik tapi tak fikirkah kalian kesan dari penulisan itu? Dan bayangkan juga, kerana tulisan anda beribu-ribu pembaca anda akan khayal dengan apa yang anda hidangkan dan benda-benda ini akan keep on continuing selagi penulisan itu berada di situ. Dan bayangkan ketika itu ajal membawa kita pergi. Macam mana kita mahu remove benda-benda itu semua. Azabnya kita di sana nanti, sudahlah dosa sedia ada sudah terlalu berat, ditambah pula dengan dosa yang kita tinggalkan di dunia hasil penulisan kita.
Sebab itu nuar kaitkan menulis ini seperti membina masjid juga surau...kebaikannya akan berterusan walaupun kita dah meninggal dunia. Dalam masa yang sama, begitu juga sebaliknya. Sekiranya apa yang kita tuliskan itu bukan sekadar melalaikan malah mempengaruhi orang lain membuat kejahatan atau kezaliman kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling, samalah juga seperti kita membina kelab malam tempat bercambah benihnya maksiat. Nuar bercakap ini pun tarbiyah untuk diri sendiri juga. Kadang-kadang nuar terfikir mereka-mereka yang menulis sebegini, tak fikir ke semua ini? Nauzubillah.
Okaylah, baru masuk cerita...hahaha...panjang bebenor iklannya ye?
belum bertebuk pun...tersadai dalam bilik ni...kehkehkeh
bajet tebal lah konon...chet!!! keke
Pertama-tama sekali nuar ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada kawan-kawan semua yang sudah mendapatkan Blog Priasetia di pasaran. Rata-rata ramai yang dah buat review positif tentang novel Blog Priasetia dalam blog masing-masing dan nuar hormat dengan setiap komentar kalian. Blog Priasetia adalah karya pertama nuar sebelum adanya e-novel dalam blog nuar, jadi setiap kekurangan yang ada dalam karya pertama itu, nuar dengan rendah diri memohon maaf. Ngee. Dan semenjak novel ini di pasaran...di Google juga di Nuffnang capaian mereka yang mencari siapa itu 'Anuar Kamaruddin' mencecah 665 000 hint. Wah, banyak tu! Harap-harap ramai jugalah yang sudah membelinya, yang belum dapat lagi novel ini...sila dapatkan di pasaran. Banyak lagi yang tersusun kat mph tu, nampak sangat tak tersentuh tu. Hahahaha. By the way, kuiz Blog Priasetia lagi 3 minggu tutup...jemputlah masuk, ada banyak masa lagi ni.
Nuar faham mungkin di dalam persekitaran blog nuar, ramai yang mengenali penulisan nuar tetapi kalau nuar dicampakkan ke luar sana...di tengah-tengah gelanggang dimana ramainya penulis-penulis hebat novel Melayu...I am nobody. Lebih-lebih lagi dibawal label yang gah dalam penulisan novel yang nuar naungi sekarang...semua orang akan ragu-ragu dan ada antaranya berkata, what is he capable of?
Selepas Blog Priasetia, muncul pula manuskrip kedua yang berjudul LELAKI BERNAMA QAISER...yeehaa!!!
Nuar hormat pada selera majoriti pembaca yang seleranya lebih kepada tema cinta. Lagi melankolik sesebuah karya, semakin ramai yang membacanya. Adakah manuskrip kali ni mengikut jalur itu?
Seperti Blog Priasetia, elemen cinta nuar wujudkan sebagai penggerak plot cuma dan seperti itu jugalah di dalam LELAKI BERNAMA QAISER.
Apa yang cuba nuar ketengahkan dalam manuskrip ini ialah elemen kekeluargaan yang cukup tebal dan inilah trademark nuar. Nuar suka berbicara tentang kekeluargaan dan kerohanian dalam setiap karya yang nuar hasilkan.
Kisah tentang 5 buah keluarga (Khabir Bhatia sangat...hahaha) yang ceritanya tidak bergerak parallel tetapi continuous dan dengan CINTA kepada Allah juga sesama manusia itulah yang merangkaikan 5 buah keluarga ini bersatu dalam 1 cerita. InsyaAllah, you will fall in love with all the characters sepertimana jatuh cintanya kalian pada watak Qushairi dalam Terawih Terakhir. Hope so... Mengambil kata-kata kak Liza Bujang... "Pelbagai rasa kita cicip dalam novel ini, ada rasa gembira, ceria, kasih sayang, nakal, cemas, ganas, dan lucu." Dan inilah yang nuar cuba terapkan dalam manuskrip kedua ini.
Sedikit hint LELAKI BERNAMA QAISER...
Dora dan Laura menziarahi Qistina di kondominiumnya, perempuan itu masih berehat dan tidak lagi dibenarkan untuk bekerja. Pihak hospital memberinya cuti selama 3 hari lagi bagi memastikan dirinya benar-benar sembuh dari pembedahan yang dijalankan beberapa hari lalu. Kata orang, sampai luka jahitan itu kering.
Puan Zabedah dan Tuan Luqman juga sering menemankan puteri kesayangannya di kondominium itu. Qistina tidak mahu berehat di banglo orang tuanya, dia sudah dapat mengagak kehadirannya di situ pasti akan dihidu Syafiq dan keluarga. Nanti baharulah mereka sekeluarga datang menunjukkan rasa simpati sekadar ingin mengambil hatinya. Huh!
“Alah, macam aku tak tahu kau kan? Monyok muka tu tak ada sebab lainlah tu kalau tidak rindukan abe tingkat 14. Hihihihi. Merasalah kau cuti lama-lama.”
“Banyaklah kau! Qaiser selang sejam sms aku tau... mana ada aku rindu-rindu?”
“Tak baik tau kau gelar dia macam tu. Qaiser mengambil berat tentang aku sebab kami kan kawan...”
“Kawanlah sangat! Nak coverlinelah tu! Oh ya, Dora... macam mana honeymoon kau di Singapura baru-baru ni? Best tidak?”
“Mestilah best Laura oi, kata orang baru kahwin kan? Hahahaha. Kau dengan Lutfi macam mana pula, bila mahu bersanding?”
“InsyaAllah tak lama lagi. Hihihihi. Tapi kau faham-faham sajalah Lutfi tu, dia mengalahkan si Qaiser tu... serba-serbi dia jaga aku. Nak tahu first date kami dekat mana?”
“Mana? Taman bunga? Hahahaha!”
“Muzium Kesenian Islam okay. Terkedu aku dibuatnya. Mengagau aku cari selendang, tutup mana yang perlu. Hihihihi.”
“Hahahaha. Lucu pula dengar kau bercerita, aku dah terbayang muka kalut kau waktu tu. Kadang-kadang aku hairan, macam manalah perempuan macam kita ni boleh dapat lelaki-lelaki yang baik?”
Sunyi sepi mengisi perbualan santai 3 sahabat perempuan itu, masing-masing memikirkan akan apa yang diucapkan Dora. Benar, mereka bukanlah perempuan-perempuan yang baik pada pandangan umum. Tutur mereka sedikit kasar, tidak terlalu santun perilaku mereka seperti perempuan sopan di luar sana. Malah mereka punya kisah hidup tersendiri, yang mungkin kalau didengari seperti perempuan yang kurang akhlaknya.
Suatu ketika dulu, kelab malam adalah tempat mereka. Pakaian seksi adalah pembalut tubuh mereka yang gebu. Namun, ketiga-tiganya sudah menganggap sejarah itu sudah berlalu. Baik Dora, Laura juga Qistina, mereka sedang berusaha untuk memperbaiki diri menjadi seorang perempuan yang baharu. Jaafar, Lutfi dan Qaiser walaupun bukanlah sesempurna malaikat sifat mereka tetapi ketiga-tiga lelaki itulah yang membawa perubahan yang nyata di dalam kehidupan perempuan-perempuan itu. Menarik mereka dari kegelapan dan membimbing mereka seadanya menuju kesempurnaan.
“Itu tandanya Allah sayang kita sebagai hambaNya... walaupun kita selalu engkar dengan perintahNya tapi Dia tetap beri peluang kepada kita untuk berubah dengan menemukan kita lelaki-lelaki hebat dalam hidup kita. Tapi kau sedar tak, lagi kita mendalami agama bertambah tenang jiwa kita. Dulu kalau kita ada problem, kita pergi clubbing. Kononnya mahu release tension tapi semakin bertambah-tambah kusut hidup kita. Tapi sekarang, bila kita ada masalah... di tikar sejadah kita menemui ketenangannya.”
Dora dan Laura berpakat setuju dengan pandangan jujur Qistina. Dora sudah menangis, melihat perempuan itu mengalirkan airmata, Laura dan Qistina berasa sebak. Ketiga-tiga mereka saling berpelukan, rasa malu, rasa syukur bercampur-baur di dalam perasaan masing-masing.
“Aku teringat dosa-dosa yang aku buat, Qis. Kalau tidak Jaafar yang menyedarkan aku, tidak mustahil aku masih seperti dulu.”
“Dora, sudahlah... jangan menangis macam ni. Kau buat kami sedih tau. Sesungguhnya lelaki-lelaki yang kita kenali adalah satu anugerah untuk kita dari Allah, menerusi mereka syukur kita diberi hidayah.”
Qistina mengukir lembut senyuman di wajahnya, memujuk supaya Dora kembali tenang perasaannya. Ketiga-tiga mereka saling menyapu airmata yang jatuh di pipi masing-masing dan dihujungnya mereka bertiga ketawa. Tawa kesyukuran.
Nuar mempelawa kawan-kawan untuk menyertai satu contest yang punyalah senang banget untuk menyertainya. Ngeee. Ini sempena mempromosikan novel Blog Priasetia, cubaan pertama nuar sebagai penulis.
Berikut cara-cara penyertaan...
1) Dapatkan novel Blog Priasetia di pasaran. Boleh didapati di mana-mana kedai buku berhampiran anda, atau boleh saja beli secara online[KLIK]. Lagi senang, tak payah keluar dari rumah kan. Keke.
2) Kemudian, tangkap gambar kalian dengan novel tersebut dan hantarkan gambar tersebut di dalam emel Nuar di alamat ini, nuar_zone@yahoo.com. Gambar itu kalau boleh tidak perlulah diedit ye. Ngeee. Contoh penyertaan macam gambar Dato' Piah tu. Hihihihi. Ikut kreativiti masing-masing lah...
3) Hadiah bernilai RM100 akan diberikan kepada pembaca novel Blog Priasetia yang bertuah. Beli buku RM 22, dapat hadiah bernilai RM100...berapa kali ganda tu? Ngeee.
Senang gila kan? Ekekekeke. Penyertaan ditutup sampai hujung bulan Februari 2010. Selamat terhibur membaca Blog Priasetia dan selamat menyertai blog contest ini. Terima kasih...papai!
Nota: InsyaAllah, kalau diizinkanNya... 2010 akan menampilkan LELAKI BERNAMA QAISER sebagai buah tangan kedua dari Nuar. Tungguuuu....
Assalammualaikum wbr.
Selamat datang ke laman blog eksklusif Anuar Kamaruddin. Seperti penulis blog yang lain, laman blog ini merupakan kombinasi himpunan cerita dan koleksi foto yang memaparkan warna sebenar hidup diri ini untuk dikongsi bersama pembaca di luar sana. Kalian membaca, saya menulis.