My Life In Ruins

Assalammualaikum...

Nuar kata (tak tahulah orang kata ke tidak...ngeee), bukan setakat berkhayal dan bermimpi saja boleh membawa kita jauh mengembara ke negara yang tak pernah kita lawati dalam sekelip mata tetapi juga menerusi pembacaan dan menonton (bergantung kepada bahan bacaan dan tontonan juga)

Pagi Ahad nuar habiskan dengan menonton sebuah filem komedi yang berjudul My Life In Ruins. Filem ini membawa nuar terbang ke negara Greece...ekekeke. Filem ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang tugasnya sebagai pembawa pelancong dan terpaksa melayan kerenah pelancong-pelancong yang dibawanya. Macam-macam hal yang berlaku dan ini memberi tekanan kepada perempuan ini sehingga dia rasa mahu berhenti kerja.

Sudahlah terpaksa berdepan birokrasi di tempat kerja, melayan gelagat pelancong yang memeningkan sehinggakan perempuan ini mendambakan hidupnya semata-mata untuk kerja. Dia cuba buat yang terbaik dalam kerjayanya tetapi semakin tidak dipandang dan dihargai. Alahai. Semua perkara di atas menyebabkan dirinya juga lupa akan cinta.

Betullah kata orang (hah, yang ni orang kata bukan nuar kata...), cinta itu sebenarnya dekat saja dengan kita, antara kita menyedari atau tidak. Gitu! Perempuan ini akhirnya jatuh cinta dengan pemandu bas pelancongnya sendiri yang sebelum ini tidak dipandangnya langsung. Begitulah ceritanya...ngeee. I like! Sekali-sekala tengok cerita yang tak perlu kita fikir kenapa itu dan kenapa ini, best sebenarnya.



5 comments:

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.ini pun mahu tgk
.warghhhhhhhhhhh

H.R PuTeRa YuSoFF said...

wow...
template baru

Ejay said...

uishh.. pemandu bas dia mcm model. takkan la pompuan tu terlepas pandang.

hurrmm.. new template. again.

cik ian@aH Lian~ said...

kelakar bila
diorang sumer
tau ckp inggeris.

farish H said...

wajib tgok ni! hhehee